Modal insan

Modal insan ialah segala sifat yang terdapat di dalam manusia, mencakupi kelaziman, pengetahuan, atribut sosial, dan keperibadian (termasuk kreativiti) yang diwujudkan dalam kemampuan melakukan kerja sehingga menghasilkan nilai ekonomi.[1]Modal insan ialah unik dan berbeza dari modal lain, dan diperlukan oleh syarikat untuk mencapai tujuan, berkembang dan tetap inovatif. Syarikat dapat melabur dalam sumber manusia, misalnya, melalui pendidikan dan latihan, yang memungkinkan peningkatan kualiti dan pengeluaran.[2]Teori modal insan sangat erat kaitannya dengan kajian pengururaan sumber manusia, seperti yang ditemui dalam amalan pentadbiran perniagaan dan ekonomi makro.